Friday, December 23, 2011

Syurga rumahtangga

Hakikatnya bahagia itu ketenangan
Bila hati mengingati tuhan
Firman Allah:
Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi 
ketenangan pada hati suami isteri sama-sama 
mengerti maksud tersemi takdir ilahi itulah zikir yg hakiki.
Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat
'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi'
'isteriku, kaulah permaisuri hati.....'
penyeri Islamku nanti
muktamadlah akad sahlah nikah
dengan nama Allah
gerbang perkahwinanpun terserlah
Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan
Iman itu tujuan
Syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
- isteriku, taatilah hukum Allah....
- suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w
Binalah hidup di neraca maaruf
Rumah jadi sambungan madrasah...
Seninya kerana solat...
Indahnya oleh munajat
Tapaknya ....iman
Jalannya ....syariat
Natijahnya.....akhlak
Tiga penjamin segala
kunci kebahagian rumahtangga
dan terciptalah:
'setia dan penyayang suami'
'cinta dan kasih isteri'
lalu berbuahlah
mahmudah demi mahmudah
yang melahirkan.....
"Soleh dan solehah"

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.