Tuesday, January 31, 2012

Saya Layak Terima BR1M!

Assalamuailaikum
tegahari baru sempat hapdet
busy sikit rini tekejar sana tekejar sini

apa pon alhamdullilahh
syukur sangat sangat sebab aku diantara
berjuta juta rakyat malaysia yang layak
dan lulus menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia
BR1M :)
surat yang mengatakan aku layak dapat
bantuan ni diterima pada hari sabtu.

tarikh untuk mengambil baucer pada harini 31hb Jan 2012
kul 9 pagi aku gerak g ambil baucer
bertempat di pusat kebajikan masyarakat
dekat dengan opis ni ha..
masa sampai punyalah ramai,
mejoriti semuanya set2 vetran.
tp dorang bagi no giliran dan aku pon beratur
mengikut no giliran yang diberi..
tak sampai sejam berdiri aku pon dah terima
baucer rm500 tu..
apa lagi senyum lebar lah..
alhamdullilah ni kira bonus tahun baru la :)

thanks to Dato Najib
I LOVE MALAYSIA ^^

Thursday, January 19, 2012

Got ''Sayang" no.3!

Assalamualaikum
dah lama plak rasa x tulis entry
cuti kan xsempat nk online
tambah plak demam, hish habes 
tekendala idea nak berblog!
baru baru ni g tengok handphone
with hubby, mulanya nak servey ja.
bila dh tengok rasa teringin nak pakai 
handphone baru, maklumlah dah hampir 
2 tahun lebey aku pakai si putih sony ericson.
dah tu plak hp buat perangai,
screen naik tompok hitam suda!
hp hubby lagi la, sedis kalu tengok.
dh mmg xley guna.

kami g servey hp kat area sp
berkenan BLACKBERRY TOUCH
sweet, touch screen pon boley,
keypad pon ada.2 in1
harga pon boley gagah!
hubby bekenan SONY ERICSSON LIVE
 
tup tup balik bincang suma,
petang tu p terus habiskan duit
beli dua biji handpone :)
aku n hubby sorang satu
dapat diskaun sikit!
aku amik SAMSUNG ACE
hubby amik SE LIVE
balik tak tidor kot! hihik
 
|
|
|
 
taraaaa......


ngeee ^^ sangat berpuas hati


Wednesday, January 11, 2012

Stress =.='

Assalamualaikum
lama plak rasa tak tulis entry
last punya post entry pon beberapa hari yang lepas
bukan tak mau berblogger
tapi aku tengah stress sekarang.

Stress fikir pasal kesihatan
stress fikir pasal diri sendiri
stress fikir pasal masa depan

hari hari stress
hari hari aku nagis :'(
hari hari aku temenung
hari hari aku fikir =.=

rasa macam nak lari jauh jauh
nak jerit kuat kuat
nak nagis puas puas
bagi puas hati aku.

sorry not in mood :'(
(tak tau nak luah kat sapa)
tata

Wednesday, January 4, 2012

Tips Tingkatkan Kasih Sayang


1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti melakukan tugas diluar daerah tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman dibibir.

3. Walau sesibuk mana sekalipun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I LOVE YOUsepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang makan tengahari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak pada hari bekerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku setiap hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluah perasaan.

7. Mudah berbaik jika berlaku pertelingkahan, jangan biarkan berlarutan walau untuk satu jam sekalipun apatah lagi berhari-hari.

8. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walaupun sedang membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting sentiasa berada disisi.

9. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja sebelum masuk tidur.

10. Genggam tangan suami dan isteri ketika diatas katil sewaktu hendak melelapkan mata.

11. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walaupun anak sudah bederet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk megeratkan kasih sayang.

12. Amalkan sembahyang berjemaah semasa dirumah. berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

13. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menhabiskan makanan atau minuman suami atau isteri.

14. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

15. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang mencuitkan hati pasangan.

16. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami berkerja keras untuk menyara keluarga.

17. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan berasa jemu.

18. Apa sahaja masaalah timbul, berterus-terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman dan dalam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.

20. Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang menguris hati suami/isteri , jangan tunggu raya sahaja.

# Jom kita amalkan bersama untuk kebahagian suami dan isteri
agar bahagia hingga akhir hayat :)

Tuesday, January 3, 2012

SHOUT BUSUK.ORG ! jom try :)

Apa itu Shoutbox?
Mengikut definition daripada wikipedia, Shoutbox, atau juga dikenali sebagai saybox, tagboard, atau chatterbox adalah merupakan salah satu ciri yang seakan-akan seperti chat room untuk sesebuah laman web bagi membolehkan orang ramai meninggalkan mesej tanpa perlu mendaftar apa-apa dengan laman web tersebut. 
 Apakah ciri-ciri yang ada pada shoutbox busuk?
Antara ciri-ciri yang kami sediakan pada shoutbox kami ialah :
  1. Real-time chat - Maknanya anda tak perlu lagi nak refresh shoutbox anda setiap kali nak tengok mesej baru
  2. Custom smilies - Kami menyediakan hampir 100 bentuk emoticon smilies untuk anda. Bukan itu saja, anda juga boleh menggunakan smiley anda sendiri dan boleh pilih sama ada ingin menggunakan bersama smilies kami ataupun menggunakan smilies anda sahaja.
  3. Customizable - Anda juga boleh customize color shoutbox anda mengikut color yang anda sukai atau bersesuaian dengan laman web anda
  4. Word filter - Tak suka dengan sesuatu perkataan? Anda boleh filter perkataan tersebut dan menggantikannya dengan perkataan yang lain.
  5. Ban system - Anda boleh menggunakan ban system kami untuk menghalang sesiapa sahaja daripada menggunakan shoutbox anda
  6. Online user counter - Memaparkan bilangan user online yang sedang menggunakan shoutbox anda
  7. FREE! - Dan yang paling penting sekali, shoutbox yang kami sediakan ini adalah percuma!


Daftar di sini :)