Wednesday, January 4, 2012

Tips Tingkatkan Kasih Sayang


1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti melakukan tugas diluar daerah tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman dibibir.

3. Walau sesibuk mana sekalipun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I LOVE YOUsepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang makan tengahari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak pada hari bekerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku setiap hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluah perasaan.

7. Mudah berbaik jika berlaku pertelingkahan, jangan biarkan berlarutan walau untuk satu jam sekalipun apatah lagi berhari-hari.

8. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walaupun sedang membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting sentiasa berada disisi.

9. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja sebelum masuk tidur.

10. Genggam tangan suami dan isteri ketika diatas katil sewaktu hendak melelapkan mata.

11. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walaupun anak sudah bederet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk megeratkan kasih sayang.

12. Amalkan sembahyang berjemaah semasa dirumah. berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

13. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menhabiskan makanan atau minuman suami atau isteri.

14. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

15. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang mencuitkan hati pasangan.

16. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami berkerja keras untuk menyara keluarga.

17. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan berasa jemu.

18. Apa sahaja masaalah timbul, berterus-terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman dan dalam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.

20. Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang menguris hati suami/isteri , jangan tunggu raya sahaja.

# Jom kita amalkan bersama untuk kebahagian suami dan isteri
agar bahagia hingga akhir hayat :)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.